suria

Wanita terkejut, makhluk menyerupai Dobby, watak dalam filem Harry Potter lalu di depan rumah

Makhluk aneh yang dirakamkan CCTV menimbulkan kekecohan di media sosial.

KECOH di media sosial apabila seorang wanita menyiarkan video menunjukkan satu makhluk menyerupai Dobby, pari-pari rumah dalam filem Harry Potter sedang berjalan di laluan masuk ke rumahnya.

Vivian Gomez, yang tinggal di Colorado, Amerika memuat naik video itu di Facebook pada Khamis dan menulis: "Saya bangun pada pagi Ahad dan melihat ini dalam kamera saya dan cuba berfikir... benda apakah ini?

Hanya satu daripada tiga kamera dapat merakamkan pergerakan makhluk ini.

"Mula-mula saya lihat bayang-bayang berjalan dari pintu depan rumah saya kemudian saya melihat benda ni... adakah orang lain melihat benda yang sama dalam kamera mereka?

"Dua lagi kamera lain tidak merakamnya tak tahu kenapa."

Posting itu mendapat lebih 34,000 reaksi dan lebih dari 118,000 perkongsian.

Pengguna media sosial melihat makhluk itu mempunyai persamaan dengan Dobby, makhluk dalam siri Harry Potter. -MailOnline

Harry Potter, Dobby, makhluk

Artikel Lain