suria

Pelanggan pasaraya terkejut lihat cicak sedang 'berehat' dalam bungkusan buah

Seekor cicak ditemui dalam bungkusan buah raspberry.

SEORANG pelanggan pasaraya terkejut melihat cicak hidup dalam bungkusan buah raspberry yang ingin dibelinya.

Dia kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada seorang petugas pasaraya berkenaan.

"Saya dihampiri seorang pelanggan dan dia bimbang jika buah itu sudah tercemar. Saya serahkan ia kepada penyelia saya," ujar petugas pasaraya berkenaan, Laura Johnson.

Menurut jurucakap pasaraya itu, mereka tidak tahu bagaimana haiwan berkenaan boleh berada dalam bungkusan itu.

"Kami sedang menyiasat pembekal kami," ujar pihak pasaraya itu.

Kejadian itu berlaku di gedung Basildon, di Essex, United Kingdom. - Daily Star.

cicak, raspberry, Essex, pasaraya

Artikel Lain