Bapa tumbuk hidung jerung lima kali demi selamatkan nyawa anak perempuan - Dunia | mStar

Bapa tumbuk hidung jerung lima kali demi selamatkan nyawa anak perempuan

Kejadian melibatkan Paige Winter berlaku sewaktu dia berenang di Fort Macon, Utara Carolina, Amerika Syarikat.

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun hampir maut apabila di diserang seekor jerung.

Namun, tindakan pantas bapanya berjaya menyelamatkan nyawa gadis itu.

Kejadian melibatkan Paige Winter berlaku sewaktu dia berenang di Fort Macon, Utara Carolina, Amerika Syarikat (AS).

Demi menyelamatkan Paige, bapanya menumbuk bahagian hidung ikan jerung berkenaan sebanyak lima kali.

Akhirnya, Paige dilepaskan sebelum haiwan itu berlalu pergi.

Paige mengalami luka di bahagian kaki dan tangan.

Malah, dia juga terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan itu.

"Paige dah tamat menjalani pembedahan dan dia sudah sedar. Dia sempat berjenaka.

"Dia nak semua tahu yang jerung merupakan haiwan yang baik kepada manusia," ujar ibu gadis itu. - Daily Star.

Paige Winter , jerung , serangan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut