Budak istimewa mangsa buli siber meninggal dunia - Dunia | mStar

Budak istimewa mangsa buli siber meninggal dunia

Sophia meninggal dunia pada Jumaat ketika berusia 10 tahun.

SEORANG budak perempuan yang sering diejek kerana mengalami kecacatan wajah meninggal dunia pada usia 10 tahun.

Sophia Weaver meninggal dunia pada Jumaat akibat komplikasi berkaitan sindrom Rett iaitu gangguan saraf dan perkembangan secara genetik.

Dia dilahirkan dengan kecacatan pada muka, tangan dan kaki serta disahkan menghidap diabetes jenis 1.

Ibunya, Natalie mengumumkan kematian Sophia pada Sabtu selepas mendedahkan anak perempuan itu diserang sakit begitu cepat.

"#SweetSophia meninggalkan kami malam Jumaat sebaik sahaja dia menghabiskan kehidupannya dengan dilimpahi sepenuh kasih sayang.

Natalie mengesahkan kematian anak perempuannya itu di Twitter.

"Sebaik sahaja kami memulihkan semangat kerana kehilangan Sophia, kami akan membantu orang lain yang senasib dengannya," tulis Natalie di Twitternya.

Sophia pernah menjalani 22 pembedahan sepanjang hayatnya dan dia juga hanya makan menggunakan tiub.

Dia juga terpaksa menggunakan beg kolostomi dan memerlukan penjagaan rapi selama 24 jam.

Sebelum kematiannya, Sophia sering menjadi mangsa buli siber.

Pada 2017, sekeping gambarnya digunakan di Twitter bagi menggalakkan pengguguran bayi cacat dalam kandungan. - Dailystar.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu