suria

Pelajar panjang akal tipu dapatkan set makanan percuma selama setahun, dakwa dirinya dari ibu pejabat KFC

Seorang lelaki menyamar selama setahun sebagai kakitangan ibu pejabat KFC semata-mata untuk dapatkan set percuma. Foto: Bloomberg.

SEORANG pelajar sebuah universiti ‘memperbodohkan’ kakitangan restoran makanan segera selama setahun untuk mendapatan set makanan percuma.

Lelaki berusia 27 tahun itu dengan penuh yakin masuk ke restoran makanan segera KFC dengan memakai sut kemas dan tiba dengan menaiki kereta mewah limosin.

Kereta itu sebenarnya dipandu oleh kawannya yang bekerja sebagai pemandu limosin separuh masa. 

Setiap kali tiba di restoran, dia akan menunjukkan kad pengenalan diri 'head office’ dan terus ke dapur memeriksa semua ayam yang sedang dimasak.

Lelaki itu tidak didedahkan namanya namun laporan media tempatan mendedahkan dia adalah seorang pelajar di Universiti KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Dia akan pergi ke setiap cawangan KFC di Afrika Selatan dan melakukan tindakan yang sama.

Semua pekerja diberitahu bahawa dia dihantar oleh ibu pejabat KFC untuk memeriksa kualiti makanan yang dihidangkan.

“Dia mungkin pernah bekerja di restoran KFC sebelum ini memandangkan dia tahu semuanya,” ujar salah seorang staf KFC kepada Xpouzar.

Tindakan lelaki itu akhirnya terbongkar dan ditahan pihak berkuasa.

Pun begitu, dia dianggap sebagai ‘hero’ kerana menggunaka taktik bijak oleh pengguna media sosial. – metro.co.uk

Tipu, KFC, percuma

Artikel Lain