Perokok bakal diberi rokok eletronik percuma bantu jimatkan duit, gaya hidup lebih sihat - Dunia | mStar

Perokok bakal diberi rokok eletronik percuma bantu jimatkan duit, gaya hidup lebih sihat

Gambar hiasan.

ROKOK elektronik dijangka akan diagihkan secara percuma bersama program ‘food bank’.

Sebagai salah satu cadangan projek, perokok bakal mendapat sokongan dengan menerima rokok elektronik secara percuma.

Ia diharap dapat membantu semua perokok untuk menyimpan wang dan memperbaiki gaya hidup yang lebih sihat.

Projek tersebut bakal diadakan di Hertfordshire dan program food bank telah pun bermula.

Pengarah Kesihatan di Hertfordshire, Jim McManus berharap ianya akan bermula dan berjalan sehingga hujung tahun ini.

Dijangka pertukaran kepada rokok elektronik ini boleh menjimatkan perokok dengan 70 paun (RM380) seminggu serta mengurangkan kesan-kesan buruk merokok. –metro.co.uk

rokok elektronik , percuma

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu