suria

Kamera loceng pintu rakam bisikan menyeramkan "Saya akan bunuh kamu"

Tangkapan skrin rakaman video dari kameran loceng pintu. Sumber YouTube Haunted AF

SEBUAH kamera loceng pintu berjaya merakamkan bunyi bisikan yang menyeramkan.

Pada permulaan video, tiada apa yang pelik berlaku.

Kamera itu merakamkan dari pintu hadapan sebuah rumah, menghala ke jalan raya.

Selain itu, terdapat beberapa pokok yang di luar rumah turut dirakamkan.

Pada rakaman ke-47 saat, satu bunyi menyeramkan kedengaran seperti menyebut "I will kill you (Saya akan bunuh kamu)".

Kumpulan Paranormal Haunted AF memuat naik video tersebut di laman YouTube.

Seorang netizen memberi komen telah mendengar bunyi tersebut: "Ia kedengaran begitu berbeza dengan semua bunyi angin yang anda dengar sebelum saat ke-47 itu."

Seorang lagi menulis: "Saya cadangkan bakar rumah anda dan lari sepantas yang boleh." - Daily Star

Artikel Lain