suria

Lambai pelajar sejak 11 tahun lalu, ratusan berkumpul buat kejutan selamat tinggal buat nenek 88 tahun

Davidson terkejut dengan kehadiran ratusan pelajar di pekarangan rumahnya.

RATUSAN pelajar sebuah sekolah berkumpul di pekarangan rumah seorang warga emas untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum wanita itu berpindah.

Sejak 2007 lagi, Tinney Davidson akan memastikan dia melambai kepada pelajar yang melintasi depan rumahnya  di Comox, British Columbia.

Namun, apabila pelajar sekolah tinggi berdekatan rumahnya mendapat tahun hasrat dia berpindah, mereka segera merancang kejutan.

Bermula dengan melambai-lambai sambil tersenyum kepada pelajar terbabit, nenek berusia 88 tahun itu menjadi rapat dengan remaja itu.

Bukan saja kerap bertegur sapa, malahan ada pelajar yang akan berkunjung ke kediaman pasangan itu.

Laporan CBC menyebut, Davidson tetap melambai ke arah pelajar sekolah tinggi itu walaupun selepas suaminya meninggal dunia.

"Saya suka melihat anak-anak yang berjalan melintasi rumah saya dan jika ada yang toleh saya akan melambai kepada mereka, di situlah semuanya bermula," katanya.

Selepas tinggal sendirian di kediamannya, Davidson berhasrat meneruskan kehidupannya di rumah orang tua.

Jadi, sebagai kejutan, ratusan pelajar berkumpulan di pekarangan rumahnya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Ada yang membawa jambangan bunga, memegang poster yang tercatat "Kami sayang kamu" dan "Terima kasih kerana kamu begitu hebat" khusus buat wanita itu.

Yang pasti, tindakan pelajar itu membuatkan Davidson mengalirkan air mata.

"Saya terkejut kerana begitu ramai pelajar hadir untuk mengucapkan selama tinggal," katanya. -IndiaToday 

nenek, British Columbia, lambai

Artikel Lain