suria

Karangan review filem paling 'sempoi', hanya 20 patah perkataan pelajar ini lulus dengan gred A

Garrett membuat review mengenai filem Fight Club.

SEORANG pelajar diberi tugas membuat review sebarang filem yang diminatinya.

Allison Garrett memuat naik posting di laman Twitternya bahawa dia mengambil peluang yang datang.

Dia mengambil keputusan untuk menulis sebuah filem klasik lama bertajuk Fight Club lakonan Brad Pitt dan Edward Norton.

Karangan yang dihantar oleh Garrett.

"The first rule of fight club is: you do not talk about fight club," tulis Garrett merujuk kepada salah satu skrip filem tersebut.

Dan selepas itu, Garrett hanya menulis 'That's it. That's the essay', di bahagian bawah kertas tugasannya itu.

Namun paling mengejutkan apabila gurunya memberi markah penuh 100/100.

"Saya agak memilih dalam gred ini sejak sekian lama. Akhirnya saya memutuskan anda mendapat gred kerana tergelak dan cara anda membuat review yang berkait dengan filem itu.

"Biar saya ingatkan kepada anda: Jangan cuba perkara seperti ini kepada profesor-pofesor lain; mereka mungkin tidak ada rasa humor seperti saya."

Garrett berkata, dia sentiada mengambil risiko dalam hidupnya.

"Saya dapat 100 tugas itu dan lulus dengan A." -metro.co.uk

karangan, pendek, lulus

Artikel Lain