Seorang lelaki tak boleh 'hidup' tanpa internet - Dunia | mStar

Seorang lelaki tak boleh 'hidup' tanpa internet

Seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa di depan internet bagi mengatasi masalah depresi dan serangan panik.

GARA-gara talian internet terputus selama 24 jam, seorang lelaki terpaksa mengambil pil hilang stres.

Andrian Bishop,51, dari Huntingdon berada dalam tekanan tanpa sebarang talian internet dan TV pada Rabu lalu selepas perkhidmatan Virgin Media mengalami gangguan.

Dia menghubungi syarikat telekomunikasi itu dan membuat aduan.

Syarikat tersebut memberitahu akan membaiki masalah gangguan yang berlaku, namun tidak selesai sehingga keesokan harinya.

Lelaki kepada tiga orang anak itu mempunyai masalah depresi dan penyakit gelisah berkata: “Saya sangat marah.

Andrian Bishop

“Saya sudah melanggan Virgin selama 10 tahun, namun perkhidmatannya sekarang sangat teruk.

“Saya terpaksa mengambil lebih ubat untuk menghilangkan tahap stres ini.

“Internet membantu saya untuk tidak berasa bimbang atau serangan panik.

“Anak-anak saya juga menghadapi masalah kerana internet membantu mereka dalam menyiapkan kerja sekolah,” jelasnya.

Dalam pada itu syarikat berkenaan memaklumkan bahawa terdapat masalah kabel yang menyebabkan servis terganggu.

“Kami menerima aduan lewat malam dan pasukan jurutera telah melawat kawasan itu dan kini semuanya sudah kembali pulih.” – metro.co.uk

internet , putus , stres

Artikel Sebelum

Artikel Lain