suria

Halima Aden model pertama pakai burkini untuk penghias kulit Sports Illustrated

Halima Aden.

GADIS kelahiran Somali-Amerika, Halima Aden menjadi model Islam pertama muncul sebagai penghias kulit majalah Sports Illustrated berhijab dan memakai burkini.

Burkini merupakan istilah pakaian renang wanita Muslim yang popular di Eropah.

Halima menjadi penghias kulit majalah itu untuk edisi pakaian renang pada Mac dengan memakai beberapa burkini berwarna-warni.

"Membesar di Amerika Syarikat (AS), saya berasa terasing kerana tidak pernah melihat seorang gadis berhijab di dalam majalah," kata Aden.

Sports Illustrated turut memuatnaik sekeping gambar dia sedang berbaring di dalam air cetek dengan memakai hijab berwarna firus, subang kuning dan burkini biru gelap.

Halima anggun memakai burkini berwarna biru gelap.

Halim mencipta nama pada usia 19 tahun apabila menjadi wanita pertama berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota AS pada 2016.

Dalam pertandingan itu dia berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir.

Gadis berusia 21 tahun itu dilahirkan di kem pelarian Kakuma, Kenya dan tinggal di sana sehingga berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Halima muncul sebagai penghias kulit untuk majalah Vogue dan turut menyertai cat walk di pentas peragaan New York Fashion Week. - AFP

Halima Aden, model, burkini, hijab

Artikel Lain