suria

Nenek sedih kehilangan wang pencen, potret keluarga, "kenapa mereka sangat baik"

Hann terkejut apabila menerima sekeping sampul surat yang diisi sejumlah wang.

TIGA minggu lalu seorang nenek  bersedih kerana beg tangannya telah dicuri.

Pamela Hann,87, kehilangan 200 paun (RM1077) berserta gambar kenangan hari lahirnya yang ke-80 dan alat pendengaran ketika sedang membeli belah di Bromley.

Dia tidak memberitahu keluarganya jumlah sebenar wang yang hilang.

Namun cucunya Kerry Hann,39, mengambil keputusan untuk meminta sumbangan daripada penduduk tempatan di laman GoFundMe bagi menggantikan wang neneknya yang hilang itu.

Malah Kerry telah memberitahu neneknya bahawa telah cuba cuba mencari beg tangan yang hilang itu dengan memuat naik di Facebook, namun gagal ditemui.

“Tetapi, mereka telah selesai membuat kutipan untuk menggantikan wang pencen dan belikan beg baharu,” ujar Kerry kepada neneknya.

Hann tidak percaya, tetapi apabila diserahkan sekeping sambul surat dan membukanya, dia terus terkejut.

“Itu adalah daripada orang Penge dan Beckenham,” ujar Kerry.

“Saya tidak tahu kenapa mereka sangat baik,” ujar neneknya sambil menangis.

Kerry memuat naik posting di Facebook mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan kepada neneknya.

“Nenek saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Sebelum ini kami ada bertanya kepadanya jumlah wang yang hilang, namun dia enggan mendedahkannya dan hanya beritahu sejumlah duit pencen. Mungkin dia tidak mahu kami turut bersedih.

“Tetapi dia sebenarnya sangat sedih sehingga tidak mahu keluar rumah, tetapi kami tetap memujuknya,” tulis Kerry.

Bagaimana pun Kerry tetap mengharapkan agar gambar keluarganya dapat di kembalikan.

Sumbangan di GoFundMe itu mengumpul sebanyak 190 paun dalam tempoh 22 hari. -Dailymail.co.uk

nenek, sedih

Artikel Lain