Wartawan penyiasat wanita maut terkena peluru sesat - Dunia | mStar

Wartawan penyiasat wanita maut terkena peluru sesat

Lyra maut di tempat rusuhan Khamis lalu.

SEORANG wartawan wanita maut terkena tembakan peluru sesat ketika rusuhan berlaku di Londonderry.

Polis Northern Ireland mengenal pasti wanita itu sebagai Lyra McKee.

Lyra,29, dipercayai terkena peluru sesat di di kawasan Creggan ketika rusuhan berlaku petang Khamis dan polis menganggapnya sebagai 'kejadian pengganas'.

Siasatan pembunuhan telah dilancarkan dan salah seorang kawannya berkata: 'Kehilangan perasaan temannya tidak dapat diukur. Tidak diduga. Dia sama sekali tidak boleh ditukar ganti. 

Sementara itu seorang lagi wartawan Matthew Hughes mengenal pasti wanita yang maut itu sebagai salah seorang kawannya, McKee.

Rusuhan di Creggan Khamis lalu.

"Saya baharu menerima berita yang menyedihkan bahawa rakan saya @LyraMcKee dibunuh malam ini dalam insiden pengganas di Derry."

Penolong ketua konstabel Mark Hamilton berkata polis percaya serangan itu dilakukan oleh 'pemisah ganas republikan', sambil menambah: "Kami menilai pada masa ini bahawa IRA Baru mungkin berada di sebalik kejadian ini.

Wartawan Leona O'Neill, dari  Belfast Telegraph, berkata, dia berada di sebelah Lyra ketika ditembak.

"Saya berdiri di sebelah wanita muda ini ketika dia jatuh di samping polis Land Rover malam ini di Creggan #Derry.

"Saya menelefon ambulan untuknya tetapi polis meletakkannya di belakang kenderaan dan bergegas menghantarnya ke hospital dan  meninggal dunia.

Lyra adalah wartawan siasatan yang memenangi Anugerah Wartawan Muda Berita Sky.

Dia menerima dana daripada orang ramai untuk membiayai penulisan sebuah buku mencari pembunuh seorang ahli politik Ireland Utara lebih daripada 30 tahun yang lalu. -metro.co.uk

Maut , wartawan , peluru sesat

Artikel Lain