suria

Enjin keluar api, 3 penumpang ditahan gara-gara lari atas sayap pesawat

Api yang keluar dari enjin pesawat itu.

TERKEJUT melihat api dari enjin sebuah pesawat, tiga penumpang bertindak membuka pintu kecemasan sebelum berjalan di atas bahagian sayap.

Kejadian melibatkan pesawat Boeing 737 itu berlaku di Lapangan Terbang Vnukovo, Rusia.

Pesawat itu sepatutnya berlepas ke Makhachkala sewaktu kejadian.

Krew kabin terpaksa memujuk mereka supaya kembali ke dalam pesawat memandangkan ia hanya api biasa sahaja.

"Ini situasi biasa, pesawat sedang bersedia untuk berlepas. Penumpang tidak berada dalam keadaan bahaya," ujar jurucakap penerbangan itu.

Bagaimanapun, kesemua penumpang tetap dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan.

Tiga penumpang itu pula ditahan untuk siasatan. - Indipendent.

Boeing 737, pesawat

Artikel Lain