Ujian DNA punca hubungan sepasang kekasih putus gara-gara ada kaitan 'darah' pembunuh bersiri - Dunia | mStar

Ujian DNA punca hubungan sepasang kekasih putus gara-gara ada kaitan 'darah' pembunuh bersiri

Ujian DNA mampu mendedahkan asal usul seseorang.

BERMULA dengan 'suka-suka' untuk menjalani ujian DNA (Asid deoksiribonukleik), sepasang kekasih terkejut dengan keputusan yang diterima.

Selepas menjalani ujian tersebut, seorang wanita berusia 27 tahun teruja untuk mengetahui salah silah keluarganya.

Sebaliknya, keputusan teman lelakinya yang berusia 26 tahun menghantui mereka berdua.

Lelaki yang tidak didedahkan nama memberitahu, teman wanitanya telah meminta putus selepas mendapat tahu keputusan DNA itu.

"Sebulan lalu, kami fikir mungkin sesuatu yang serokon untuk melakukan ujian DNA seperti yang ditawarkan di Ancestry.com untuk mengetahui susur jalur keluarga.

"Mereka telah memberi banyak maklumat dan mengambil masa untuk menerimanya.

"Mulanya kami sangat gembira tetapi selepas mengetahui maklumat latar belakang salah seorang waris, saya hilang teman wanita.

"Terdapat beberapa nama dalam 'pokok' susunan keluarga yang tidak kenal dan selepas membuat kajian, saya dapati dia adalah pembunuh siri terkenal.

"Tidak faham dan sukar menerima maklumat itu, dia mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada keluarganya.

"Mereka beritahu kenal, tetapi sedaya paya cuba untuk tidak dikaitkan dengan individu itu.

"Perkara itu juga turut 'mengganggu' fikiran teman wanita dan berharap dia akan melupakannya. Bagaimana pun, harapan lelaki itu musnah.

"Minggu ini teman wanita saya mahu berjumpa dan mengadakan perbincangan serius.

"Dia putuskan hubungan ini kerana tidak boleh terima dengan fakta bahawa saya ada kaitan dengan pembunuhan bersiri.

"Dia beritahu bahawa sayangkan saya, tetapi tidak boleh terima kerana mempunyai darah sama dengan seorang pembunuh," ujar lelaki itu. -mirror.co.uk

DNA , pembunuh bersiri

Artikel Lain

Agong bantu mangsa kemalangan