suria

Kanak-kanak maut ditinggalkan bapa sembilan jam dalam kereta

Mangsa ditinggalkan bapanya di dalam kereta selepas menerima panggilan penting. Foto AsiaWire

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat sesak nafas selepas ditinggalkan bersendirian di tempat duduk belakang kereta bapanya selama sembilan jam.

Difahamkan tragedi tersebut berlaku apabila bapa mangsa menjawab panggilan telefon penting semasa menghantar anaknya ke nurseri.

Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Qi Qi, sedang tidur di tempat duduk belakang kereta semasa dalam perjalanan ke Tadika Wanyuan di Yiyang, China, pada 8 April lalu.

Bapa mangsa dikenali sebagai Hu mendakwa, dia menghantar anak perempuannya ke sekolah di daerah Heshan dan memberhentikan kenderaan di pintu gerbang nurseri sebelum menjawab panggilan telefon daripada tempat kerja.

Bagaimanapun katanya, dia sebenarnya lupa untuk memeriksa sama ada anak perempuannya telah keluar dari kereta atau tidak, sebelum memandu dengan tergesa-gesa dan meninggalkan kenderaannya sepanjang hari di kawasan parkir pejabatnya. - Mirror UK

Artikel Lain