‘Manusia Barbie’ belanja lebih RM600,000 untuk bedah plastik, koleksi anak patung - Dunia | mStar

‘Manusia Barbie’ belanja lebih RM600,000 untuk bedah plastik, koleksi anak patung

Tatiana Tuzova bersama koleksi anak patung Barbie dan anjingnya bernama Leonardo. Foto Komsomolskaya Pravda/EAST2WEST

SEORANG gadis yang digelar 'manusia Barbie' mendedahkan kehidupannya sebagai patung manusia begitu sunyi dan tidak mempunyai kawan.

Tatiana 'Tanya' Tuzova, 32, membelanjalan £120,000 (RM644,539) untuk hobi Barbienya iaitu pembedahan plastik, termasuk koleksi 1,520 anak patung dan rumah anak patung merah jambu.

Warga Rusia itu kini mendakwa mahu rekod mempunyai koleksi anak patung Barbie paling banyak di dunia.

Dia turut merancang untuk mengubah nama keluarganya kepada Barbie dan hanya berpakaian warna merah jambu.

Menyangkal dirinya begitu obses kerana kelihatan seperti Barbie dan mempunyai koleksi anak patung yang banyak, Tatiana bagaimanapun mengakui dia sunyi.

Tatiana mahu menambah lagi koleksi anak patung Barbie. Foto Tatiana Tuzova/EAST2WEST

"Saya tak ada kawan. Saya tak ada masa untuk berkawan.

"Saya suka bersendirian, tiada yang menganggu fikiran saya. Saya suka dunia saya.

"Saya mempunyai suami, dia lah kawan baik saya," ujarnya mengenai suaminya yang kelima, selepas menjalinkan empat perhubungan terdahulu.

Suaminya kini merupakan seorang pakar perubatan, tetapi Tatiana enggan mendedahkan identiti pasangannya itu.

"Dia seorang doktor. Kami berkenalan di tempat kerjanya," katanya. - Mirror UK

Barbie

Artikel Berkaitan

Artikel Lain