suria

Suami pukul, botakkan kepala isteri gara-gara enggan menari di hadapan rakan

Asma mendakwa sering dipukul suaminya setiap kali mabuk.

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menyerang dan memukul isterinya sebelum membotakkan kepalanya.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa Asma Aziz memuatnaik video dia sedang menangis secara atas talian.

Wanita berusia 22 tahun itu diserang dan dimalukan suami dan juga rakannya kerana enggan menari di hadapan mereka.

Suami Asma, Mian Faisal, dan seorang pekerjanya didakwa di sebuah mahkamah di Lahore, Pakistan selepas direman empat hari.

Minggu lalu, Asma muncul dalam video dengan kesan lebam di muka dan kepalanya dibotakkan, meminta pertolongan daripada orang ramai.

Majistret Shahid Zia memerintahkan reman terhadap Faisal dilanjutkan sementara menunggu laporan perubatan kecederaan mangsa.

Faisal memberitahu mahkamah bahawa dia mahu diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.

Wajah anggun Asma sebelum dia dibotakkan.

Asma turut hadir pada perbicaraan pagi Isnin bersama dengan peguamnya.

Ibu tiga anak itu memberitahu Faisal sering memaksanya untuk menari di hadapan rakannya tetapi kali ini dia menolak permintaan tersebut.

Dalam video tersebut, Asma menceritakan bagaimana dia dipaksa menanggalkan pakaian oleh suami dan rakannya sebelum kepalanya dibotakkan.

"Mereka membogelkan saya dan memukul saya dengan batang paip.

"Pakaian saya dipenuhi darah. Saya kemudian digantung di atas kipas. Dia turut mengugut untuk menggantung saya dalam keadaan bogel," katanya.

Asma mendakwa suaminya bertindak memukulnya selepas mabuk dan sering mengajak rakan-rakan untuk berparti di rumah mereka. - Metro.co.uk

pukul, botak, menari, isteri

Artikel Lain