Miliki wajah mirip Jokowi, penari reog harapkan rezeki bertambah - Dunia | mStar

Miliki wajah mirip Jokowi, penari reog harapkan rezeki bertambah

Budiono mengharapkan rezeki kumpulan reog yang diasaskannya lima tahun lalu bertambah kerana wajahnya mirip Jokowi.

USIANYA 50 tahun dan lelaki ini memiliki keistimewaan apabila wajahnya mirip Presiden Joko "Jokowi" Widodo yang kini sibuk melalui fasa kempen pilihan raya presiden yang bakal berakhir apabila Indonesia memilih pada 17 April ini.

Itulah Budiono, penari topeng Jawa yang dikenali sebagai reog di majlis perkahwinan dan kebudayaan sekitar daerah Magetan, Jawa Barat.

Sememangnya kehidupan Jokowi dan Budiono jauh berbeza, namun wajah mereka yang hampir serupa membuatkan pengasas kumpulan Reog Singo Among Muda berharap persamaan itu mampu memberi rezeki tambahan buat kumpulan kebudayaan itu.

"Wajah saya sering kali mengelirukan orang ramai.

"Pernah berlaku ketika saya sedang membuat persembahan di Surabaya, ada penonton yang bercakap-cakap kononnya Presiden Indonesia melakukan lawatan mengejut di situ.

"Situasi itu menyebabkan ramai yang mendekati saya untuk bergambar bersama," katanya kepada kompas.com.


Bandingkan wajah antara pemimpin Indonesia ini dan penari reog yang aktif di daerah Magetan.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menambah pendapatan menerusi tarian itu kurang memberangsangkan, kecuali mirip wajahnya dengan Jokowi yang lebih mendapat perhatian ramai.

"Hanya 60 kumpulan reog di sekitar Magetan dan tidak pernah diadakan pertandingan atau komuniti khusus reog di daerah ini," katanya yang mengharapkan pihak pentadbir untuk memberi perhatian kepada aspek kebudayaan di daerah itu.-JakartaPost




 
reog , Budiono , Jokowi

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain