Gambar pari-pari digelar penipuan terhebat abad ke-20, dilelong pada harga RM376,000 - Dunia | mStar

Gambar pari-pari digelar penipuan terhebat abad ke-20, dilelong pada harga RM376,000

Foto ini dirakam pada tahun 1917.

FOTO Pari-Pari Cottingley yang diberi jolokan penipuan terhebat pada abad ke-20 akan dilelong dengan harga bermula £70,000 (RM376,000).

Foto yang dirakam pada Julai dan September 1917 itu dirakam oleh Elsie Wright yang pada ketika itu berusia 16 tahun.

Foto itu memaparkan sepupunya, Frances Griffiths bersama sekumpulan pari-pari bersaiz kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang berpakaian pari-pari Tinkerbell diusir keluar dari pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran 'Pari-Pari' Meriahkan Karnival Venice

Ia dirakam di sebuah perkampungan di Cottingley, berdekatan Bingley di barat Yorkshire, England.

Pada mulanya, ramai yang terpedaya dengan kebenaran foto tersebut sehingga ia menimbulkan kontroversi.

Sesi rakaman gambar itu turut dibantu bapa Elsie yang juga seorang jurufoto amatur.

Pada 1983, Elsie dan Frances mendedahkan bahawa gambar itu merupakan penipuan semata-mata dan dihasilkan dengan teknik fotografi. - The Indipendent.

pari-pari , lelong , elsie wright

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain