Ajaib! Bayi lahir usus di luar perut mampu bertahan hingga ulang tahun kelahiran pertama - Dunia | mStar

Ajaib! Bayi lahir usus di luar perut mampu bertahan hingga ulang tahun kelahiran pertama

Dia mengalami gastroschisis yang mana ususnya terbentuk di luar salur perut.

KEDENGARAN mustahil, namun kuasa tuhan mengatasi segalanya.

Baru-baru ini, seorang bayi yang dilahirkan cacat dengan usus berada di luar perut menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.

Lily-Rae Lawrence sebelum ini terpaksa dibedah dan menghabiskan 150 hari di hospital akibat keadaan kesihatannya itu.

Ujar ibu bapanya, pasangan Melissa Thompson dan Richard Lawrence, mereka mula berasa pelik sewaktu melihat imbasan kandungan yang berusia 12 minggu.

Ujarnya, mereka melihat satu kejanggalan dalam imbasan berkenaan, seolah-olah ada sesuatu yang bergumpal seperti asap.

Hasil diagnosis doktor, bayi perempuan itu mengalami gastroschisis yang mana ususnya terbentuk di luar salur perut.

Lily dilahirkan sewaktu berusia 36 minggu di sebuah hospital di Sheffield, selatan Yorkshire, England.

Bayi itu kini membesar dengan sihat dan tiada siapa menyangka umurnya panjang dan mampu bertahan sehingga sekarang.

Ibu bapa Lily turut memuji doktor di hospital berkenaan yang berjaya membantu keadaan bayi mereka.

"Kami bersyukur dia boleh balik rumah dan sihat, hari lahir pertama dia akan jadi istimewa sebab dia berjaya bertahan sampai hari ini," ujar ibunya. - Mirror.

lily-rae lawrence , usus , bayi , hari lahir

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?