Kejam! Guru pusat asuhan tindih bayi 11 bulan hingga lemas gara-gara enggan tidur - Dunia | mStar

Kejam! Guru pusat asuhan tindih bayi 11 bulan hingga lemas gara-gara enggan tidur

Hasil rakaman CCTV di pusat jagaan berkenaan.

SEORANG guru di pusat jagaan kanak-kanak didakwa menindih bayi berusia 11 bulan sehingga lemas gara-gara dia enggan tidur.

Wanita yang dikenali sebagai Liao itu dituduh menindih badannya ke atas bayi berkenaan yang diletakkan di atas lantai.

Akibat perbuatan itu, bayi berkenaan tidak sedarkan diri kerana gagal untuk bernafas.

Lebih teruk, Liao dikatakan selamba bermain dengan kanak-kanak lain sambil membiarkan bayi malang itu terbaring tidak sedarkan diri.

Lee ditemui oleh seorang tukang masak di pusat jagaan itu sebelum dia bertindak menghubungi pihak polis.

Menurut pejabat pendakwaan daerah Shilin, Taiwan, Liao ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan 30,000 TWD (RM4,003).

Sewaktu disoal, Liao berkata dia bertindak demikian kerana bayi itu enggan tidur pada waktu yang sudah ditetapkan.

Bayi itu dibawa ke hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. - Mirror.

bayi , pusat jagaan , lemas. dera

Artikel Berkaitan

Artikel Lain