Kejam! Leher anjing diikat, disebat berlari atas treadmill tanpa henti - Dunia | mStar

Kejam! Leher anjing diikat, disebat berlari atas treadmill tanpa henti

Paparan skrin sebuah video menunjukkan seekor anjing yang diikat pada lehernya dan dipaksa berlari di atas treadmill. Sumber RSPCA

DIIKAT pada pada treadmill, disembunyikan di sebalik tembok konkrit, seekor anjing baka Staffordshire Terrier diseksa dengan dipaksa mennjalani latihan - sama ada dibunuh atau membunuh dalam satu pertempuran darah.

Tindakan kejam merupakan sebahagian daripad penderaan yang menjadikan haiwan sebagai mangsa, untuk dijadikan sebagai juara bagi pertarungan antara anjing haram.

Kekejaman terhadap anjing tersebut merupakan salah satu daripada ribuan kes yang dikesan di Britain.

Berdasarkan siasatan Sunday Mirror, mendapati 1,601 pertarungan seperti itu dilaporkan pada tahun lalu kepada RSPCA, badan perlindungan haiwan terkemuka di Britain.

Bagaimanapun, organisasi itu mendedahkan bahawa ia sekadar sebahagian kecil daripada jumlah sebenar, berikutan lebih banyak melakukannya secara rahsia.

Salah seekor anjing yang mengalami kecederaan. Foto RSPCA

Bulan lalu, John Knibbs, 55, didapati bersalah kerana menyimpan dan melatih anjing untuk pertarungan.

Dia ditahan selepas melanggar peraturan menjaga haiwan.

Majistret Lincoln diberitahu video pada telefon Knibbs menunjukkan anjing dipaksa bertarung, sementara mesej bercakap tentang 'menghancurkan tulang'.

Dalam beberapa rakaman, dua anjing dapat dilihat bertarung.

Satu lagi video menunjukkan seekor anjingnya dipaksa berlari di atas treadmill, dengan lehernya diikat.

Cemeti pula digunakan untuk menyebat haiwan supaya ia terus berlari tanpa henti. 

Treadmills dikatakan menjadi alat yang biasa digunakan untuk melatih anjing-anjing untuk bertarung, bagi membina kekuatan dan stamina. - Mirror UK

anjing , treadmill

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain