Misteri ‘bunuh diri’ di jambatan terungkai - Dunia | mStar

Misteri ‘bunuh diri’ di jambatan terungkai

Seorang paderi mendakwa telah menyelsaikan misteri Jambatan Overtoun. Foto Creative Commons

SEORANG paderi mendakwa telah menyelesaikan msiteri sebuah jambatan yang menjadi lokasi 50 kejadian anjing terjun sehingga mati.

Jambatan Overtoun di Dumbarton, Scotland, dikenali dengan lokasi tragedi aneh membabitkan haiwan, sejak 1950an.

Dikatakan, beratus-ratus anjing terjun dari jambatan itu ke jurang sedalam 15 meter.

Beberapa laporan mendakwa sehingga 600 anjing terjun dari jambatan itu, dengan kebanyakannya terselamat.

Seorang paderi yang tinggal berdekatan cuba merungkai misteri tersebut apabila kematian haiwan terus meningkat.

Ramai turut percaya kewujudan hantu dekat rumah agam di jambatan itu menjadi punca kematian anjing. Foto Creative Commons

Bob Hill percaya anjing ke lokasi itu selepas menghidu bau haiwan di bawah jurang itu.

"Anjing dapat menghidu bau bulu haiwan atau beberapa haiwan lain, dan ia kemudian melompat terjun di jambatan itu," kata Hill kepada The New York Times.

"Dan oleh kerana ia adalah jurang, ia rebah ke bawah," tambahnya mengenai jambatan yang terletak dekat sebuah rumah agam.

Paderi itu berkata, sejak dia berpindah ke Overtoun bersama isterinya 20 tahun lalu, banyak anjing terjatuh dan terhempas ke batu di bawah jambatan itu.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang tidak yakin dengan teori bau haiwan lain, sebagaimana yang disuarakan oleh Hill. - Mirror UK

anjing , bunuh diri , paderi , hantu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain