Misteri telefon Garfield terdampar di pantai terungkai selepas 30 tahun - Dunia | mStar

Misteri telefon Garfield terdampar di pantai terungkai selepas 30 tahun

Penemuan beberapa bahagian telefon Garfield sebelum ini menjadi misteri dalam kalangan penduduk tempatan. Foto AFP

LEBIH 30 tahun telefon 'Garfield' warna oren dihanyutkan ke pantai Perancis, sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan pembersih pantai, yang mana mereka akhirnya merungkaikan misteri penemuan telefon itu.

Penduduk tempatan mengesyaki kontena perkapalan yang hilang merupakan punca penemuan telefon yang direka berinsipirasikan watak kartun popular, sehingga terdampar di pantai selama beberapa dekad.

"Persatuan kami telah ditubuhkan selama 18 tahun dan ketika itu kami menemui beberapa bahagian telefon Garfield setiap kali kami bersihkan pantai," kata Claire Simonin, ketua kumpulan pembersih pantai, Ar Viltansou di Brittanny, Perancis.

Sehinggalah seorang penduduk tempatan mendedahkan bahawa dia menemui kontena itu selepas satu kejadian ribut pada 1980an dan akhirnya dapat mengesannya di sebuah gua yang hanya boleh dimasuki semasa air surut.

"Dia beritahu kami di mana kontenanya... ia sangat, sangat bahaya," kata Sinomin kepada AFP selepas satu usaha mengesannya.

Telefon Garfiled terdampar di pantai Perancis.

"Kita menjumpai satu rekahan dengan kedalaman 30 meter dan di bahagian paling bawah terdapat sebuah kontena.

"Di sebalik batu di laluan masuk, kita menjumpai 23 telefon lengkap dengan elektronik dan wayar. Ia ada di mana-mana," tambahnya.

Bagaimanapun, misteri penemuan telefon itu masih belum dirungkaikan sepenuhnya.

"Kita tak tahu apakah yang berlaku ketika itu, kita tidak tahu ia datang dari mana, kapal apa," kata pengarah Taman Alam Semulajadi Marin Iroise di Finistere, Perancis.

"Dan kita tidak tahu jika ada beberapa kontena terjatuh ke dalam laut, atau hanya satu."

Kartun Garfield dicipta oleh Jim Davis pada lewat 1970an, yang kemudian ditayangkan sebagai program televisyen, termasuk siri filem dengan pelakon Bill Murray meminjamkan suara untuk watak kucing itu. - AFP 

Garfield

Artikel Berkaitan

Artikel Lain