suria

Pakar kata makhluk asing menonton manusia seperti ‘menonton haiwan di zoo’

Saintis mencadangkan bahawa manusia mungkin menjadi barang pameran kepada makhluk asing. - Foto Getty

SABAN tahun ramai yang bertanya adakah wujud kehidupan lain di alam semesta ini selain makhluk bumi?

Mungkin jawapan sebenar adalah ia diluar 'Kurungan Manusia'.

Dalam sebuah mesyuarat mengenai Projek Perisikan Pemesejan Luar Angkasa (Meti) di Paris, Perancis pada minggu ini, pakar saintis membincangkan secara serius tentang idea bahawa bumi mungkin merupakan sebuah zoo kepada makhluk asing dan manusia pula adalah barang pameran.

Presiden Meti, Douglas Vakoch berkata: "Mungkin hidupan luar angkasa sedang memerhatikan manusia di bumi.

"Sama seperti kita melihat haiwan di Zoo.

"Apakah yang kita boleh lakukan agar 'penjaga zoo' galaksi mendedahkan diri mereka?

Pakar berpandangan manusia perlu cuba menghubungi makhluk asing. - Foto Getty

Vakoch percaya bahawa pencarian hidupan luar angkasa adalah jawapannya.

"Kalau kita pergi ke zoo dan tiba-tiba seekor kuda belang berpaling ke arah kita, memandang tepat ke dalam mata, serta mula menenyeh-nenyeh sejumlah angka perdana dengan kakinya, ia akan mewujudkan hubungan radikal antara manusia dengan kuda belang.

"Kita akan berasa terpaksa untuk memberikan tindak balas. Kita boleh melakukan perkara yang sama kepada makhluk luar angkasa dengan menghantar isyarat radio berkuasa yang kaya dengan maklumat kepada bintang berdekatan," kata pakar saintis tersebut.

Kepada mereka yang bimbang bahawa mesej itu boleh membawa penceroboh berbahaya ke planet ini, Vakoch berkata: "Apa sahaja peradaban yang mampu melakukan pencerobohan makhluk asing sudah berminat dengan kewujudan kita.

"Atmosfera bumi telah membuktikan tentang kewujudan kehidupan selama 2.5 bilion tahun, jadi dengan adanya oksigen di atmosfera kita, mana-mana makhluk asing yang paranoid mempunyai banyak masa untuk membahayakan kita.

"Tiada tanda-tanda mereka pernah berada di sini." - Daily Star

makhluk asing, zoo

Artikel Lain