Api dalam kawah gergasi tak pernah padam sejak 1971, digelar 'pintu ke neraka' - Dunia | mStar

Api dalam kawah gergasi tak pernah padam sejak 1971, digelar 'pintu ke neraka'

DISIFATKAN sebagai 'pintu ke neraka', kawah Darvaza di Turkmenistan dianggap sebagai salah satu lokasi yang menakutkan di dunia.

Visual terbaharu kawah itu dirakam menggunakan drone dan apa yang dipaparkan ternyata membuat ramai terlopong.

Cukup ngeri dan menakutkan, kawah berapi di gurun terbiar itu mempunyai kedalaman 30 meter dengan kelebaran 69 meter.

Ia terletak 150 kilometer dari ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.

Api di kawah itu sentiasa menyala sejak 1971 dan turut menjadi lokasi tarikan pelancong yang mahu merasai pengalaman berada berdekatan kawah itu.

Mengikut sejarah, kawah itu dikorek oleh sekumpulan jurutera Soviet dalam misi pencarian sumber gas mereka, suatu ketika dahulu.

Risau jika gas berkenaan akan terlepas ke atmosfera, mereka menyalakan api dengan harapan ia akan lenyap dalam tempoh beberapa minggu.

Sangkaan mereka ternyata meleset kerana ia tidak pernah padam, sehingga hari ini. - Mirror.

kawah Darvaza

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain