suria

Hanya 9 minit, wanita AS lahirkan kembar 6!

JIKA biasannya sekurang-kurangnya lima tahun diperlukan untuk memiliki enam cahaya mata, tapi tidak bagi seorang ibu di Amerika Syarikat.

Thelma Chiaka membuktikan keistimewaan dirinya apabila melahirkan enam bayi kembar dalam masa hanya sembilan minit.

Berasal dari Houston, wanita ini dikatakan mencatat kejadian pelik iaitu satu dalam 4.7 bilion kelahiran.

Wanita itu melahirkan dua pasang bayi lelaki dan sepasang perempuan antara pukul 4.50 pagi hingga 4.59 pagi di Hospital Wanita, Texas pada Ahad.

Semua bayi dan ibu berada dalam keadaan stabil dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal selepas dilahirkan dengan berat antara 0.5 kilogram (kg) dan 1.3 kg.

Kembar lelakinya masih belum diberi nama, manakala pasangan kembar perempuan dinamakan Zina dan Zuriel.

Proses bersalin Thelma dikendalikan Dr Ziad Haidar dan Dr Israel Simchowitz.-metro.co.uk

kembar 6, Thelma, Texas

Artikel Lain