suria

Ditelan dan kemudian dimuntahkan, penyelam ngeri berdepan ikan paus

"TIBA-TIBA pandangan gelap, baru saya sedar telah ditelan ikan paus."

Itu pengalaman seorang penyelam Rainer Schimpf, 51, apabila ditelan ikan paus ketika menyertai ekspedisi mendokumentasikan hidupan laut di luar pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Bagaimanapu, dia bernasib baik apabila ikan gergasi jenis Bryde itu memuntahkannya kembali.

The Guardian melaporkan, Schimpf berenang bersama rakan, namun keadaan berubah sekelip mata apabila dia berada dalam ikan paus.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, tetapi saya sedar sudah termasuk ke dalam mulutnya kerana merasai tekanan kuat pada bahagian pinggul.

"Ketika itu, saya hanya mampu bergantung kepada naluri," katanya.

Susulan itu, Schimpf terus menahan nafasnya kerana khuatir ikan seberat 30 tan itu akan menyelam ke dasar dan meludahnya.

Nasib memihak kepada Schimpf apabila berjaya keluar dari mulut ikan paus itu melalui tekanan air yang dilepaskan mamalia gergasi itu.

Isteri Schimpf dan jurufoto antara yang menyaksikan kejadian ngeri itu.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan Schimpf mengalami sebarang kecederaan.

Video Schimpf bersama ikan paus itu tular dan ditonton hampir lapan juta.-TheGuardian

Afrika, Schimpf, ikan paus

Artikel Lain