Ancaman ribut solar berskala besar, saintis kata manusia belum bersedia - Dunia | mStar

Ancaman ribut solar berskala besar, saintis kata manusia belum bersedia

SAINTIS memberi amaran bahawa ribut solar dalam skala besar berkemungkinan akan melanda bumi.

Ujar kumpulan saintis tersebut, kejadian alam berkenaan berlaku buat kali terakhir pada 2,500 tahun lalu.

"Jika ribut solar itu berlaku hari ini, ia pastinya akan memberi kesan terhadap kehidupan kita yang banyak bergantung kepada teknologi.

"Ia juga akan memberi ganguan kepada teknologi berasaskan satelit, sistem komunikasi frequensi radio tinggi dan juga sistem navigasi," ujar Profesor Raimund Muscheler dari Universiti Lund.

Para pengkaji juga sentiasa memerhati ribut solar sejak 1950-an untuk memahami ancaman fenomena itu.

"Kita perlu meningkatkan perlindungan untuk menghadapi ribut solar.

"Biarpun kita masih tak boleh jangka kesannya, kita harus bersedia," uajr Muscheler lagi.

Kajian mengenai ribut solar itu sudahpun diterbitkan menerusi jurnal Proceeding of the National Academy of Science. - Mirror.

Artikel Lain

Agong bantu mangsa kemalangan