suria

Nahas menongkah arus, motosikal terpelanting 10 meter di udara

NAHAS yang mengakibatkan beberapa orang cedera hingga motosikal terpelanting dan tergantung pada kabel elektrik menggemparkan ramai.

Kejadian pada Ahad malam itu berlaku di daerah Kap Choeng, wilayah Surin di Thailand menyebabkan motosikal itu melambung kira-kira 10 meter di udara.

Segalanya berpunca daripada kesan rempuhan kuat motosikal Honda itu dengan sebuah trak Isuzu.

Insiden itu berlaku apabila pemandu motosikal itu menongkah arus menyebabkan trak yang cuba mengelak terbalik.

Lima orang dalam trak berkenaan cedera dan dikejarkan ke Hospital Kabchoeng.

Empat daripadanya dikenali sebagai Chatchai Wongcharoen, Peerapat Wongcharoen, Surasak Soodtong dan Detnarong Phumlee.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.-Bangkokpost.com

Surin, trak, kabel

Artikel Lain