Tetamu minta pengantin pulangkan hadiah wang tunai, tiga bulan selepas majlis kahwin - Dunia | mStar

Tetamu minta pengantin pulangkan hadiah wang tunai, tiga bulan selepas majlis kahwin

Gambar sekadar hiasan.

SEORANG pengantin perempuan berang apabila seorang tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya tiga bulan lalu, meminta memulangkan semula hadiah perkahwinan berupa wang tunai yang diberikan kepada pasangan itu.

Kisah mengejutkan itu dikongsikan menerusi halaman Facebook berkaitan dengan perkahwinan, yang dimuat naik oleh pengantin perempuan itu sendiri.

Pengantin perempuan itu, dipercayai dari Australia menulis: "Selepas majlis perkahwinan kami, saya dan suami membuka hadiah dan kad.

"Saya membuka sekeping kad daripada bapa dan ibu saudara suami saya, dan mereka memberikan cek bernilai £160 (RM851).

"Kami agak terkejut, tetapi tak mengapa kerana dia ada kerja yang ok.

"Tiga bulan kemudian kami terima satu panggilan telefon dan bapa saudara yang 'baik hati' itu memberitahu dia hanya bermaksud menulis cek £16 (RM85.10).

"Dan kami perlu memulangkannya semula sebanyak £144 (RM766). Siapa yang suka macam tu?!"

Pengantin perempuan itu menegaskan bahawa bapa saudara suaminya itu tidak mempunyai masalah kewangan, dan ibu mentuanya turut berang dengan apa yang dilakukan oleh adiknya kepada pasangan yang baru berkahwin itu.

Katanya: "Kami memulangkan semula semuanya kerana kami tidak mahu sesen pun daripada wang dia."

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan bapa saudara kepada pasangan pengantin itu sebagai biadab. - The Sun UK

pengantin

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain