suria

Anna...bayi berisiko mati jika disentuh kini cecah 17 bulan, masih bertahan untuk hidup

Bayi Anna menghidap penyakit pelik.-Foto PA Real Life

SEORANG ibu terkejut selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa bayinya berisiko mati jika disentuh.

Jennie Riley,34, sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah semasa hamil dan dia diberitahu bayinya menghidap penyakit luar biasa dipanggil harlequin ichthyosis.

Menurut Persatuan Dermatologi British, penyakit tersebut hanya berlaku sekali dalam 200,000 kelahiran bayi dan mengakibatkan kulit tumbuh semula 10 kali lebih cepat daripada proses normal.

Kulit bayi kecil itu bertukar secara drastik, menjadi putih dan luka merah yang mendalam.

Anna yang kini berumur 17 bulan, dilahirkan pada 17 September 2017 di Pusat Perubatan Vassar Brothers, New York.

Jennie mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada anak perempuannya.

"Saya dengar jururawat memuji anak cantik tetapi selepas itu, suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba dan menimbulkan kerisauan pada diri saya,"katanya.

Kulit Anna tidak berupaya tahan lama dengan sebarang cecair berikutan kulitnya yang cepat kering, menyebabkan kelopak matanya tidak kelihatan.

Melihat keadaan yang menimpa bayi kecil itu, doktor membawanya ke hospital pakar kanak-kanak dan diletakkan di dalam sebuah peti pelembap udara serta disapu dengan Vaseline.

"Kami diberitahu risiko kematian sangat tinggi, tetapi kami perlu bertahan untuk Anna terus hidup," ujar Jennie.

Jennie kini menjaga anaknya sepenuh masa selepas berhenti kerja pada tahun lepas.

Dia dan suaminya, James diberitahu, anak mereka berkemungkinan tidak dapat bertahan lama namun selepas sebulan, Anna dikhabarkan sudah sembuh dan boleh pulang ke rumah bertemu dengan dua abangnya.

Walaupun keadaan Anna memerlukan penjagaan yang rapi setiap hari, bayi comel ini sentiasa gembira dan seorang yang sihat.- metro.co.uk

Artikel Lain