suria

AS tawar ganjaran RM4 juta tangkap anak Osama bin Laden

Hamza bin Laden.

GANJARAN AS$1 juta (RM4 juta) ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh menangkap anak lelaki pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Hamza bin Laden, kini berusia 30 tahun didakwa berada di Pakistan, Afghanistan atau menjalani tahanan di rumah di Iran.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberitahu Mirror:"Program Keadilan menawarkan ganjaran AS$1 juta untuk maklumat yang membawa kepada identifikasi atau lokasi Hamzan bin Laden berada ketika ini."

"Hamza bin Laden merupakan anak kepada bekas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dan disebut-sebut sebagai pemimpin francais kumpulan tersebut.

"Sejak Ogos 2015, dia mengeluarkan rakaman audio dan video menerusi panggilan Internet terhadap pengikutnya untuk melancarkan serangan ke atas AS dan sekutunya.

Hamza semasa majlis perkahwinannya.

"Dia juga mengancam untuk menyerang AS bagi membalas dendam pembunuhan bapanya pada Mei 2011," kata kenyataan itu.

Pada Ogos lalu, Hamza didakwa berkahwin dengan anak perempuan Mohammed Atta, ketua insiden serangan 11 September 2001.

Keluarganya mendakwa Hamza mengambil alih tugas pemimpin kanan dalam rangkaian kumpulan tersebut untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya yang ditembak mati dalam serangan tentera AS di Pakistan lapan tahun lalu.

Osama amat dikehendaki AS sejak tragedi serangan 11 September pada 2001.

Mayat Osama didakwa dikebumikan di laut dalam tempoh 24 jam dia dilaporkan terbunuh dalam serangan hendap tentera AS. - Mirror.co.uk

Hamza, Osama

Artikel Lain