Mohon ‘penerbangan selamat’, lelaki ditahan lempar syiling ke enjin pesawat - Dunia | mStar

Mohon ‘penerbangan selamat’, lelaki ditahan lempar syiling ke enjin pesawat

SEORANG lelaki di timur China ditahan kerana didakwa melemparkan duit syiling ke enjin pesawat untuk memohon 'penerbangan selamat'.

Lucky Air memeritahu, pihak berkuasa menemui dua keping duit syiling dekat enjin pesawat pada 17 Februari lalu, mengakibatkan syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan penerbangan di sebuah lapangan terbang di wilayah Anhui.

Ia dilaporkan oleh Xinan Evening News menerusi The South China Morning Post pada 22 Februari lalu.

Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali pasti sebagai Lu mengaku melakukan kesalahan itu, sebelum ditahan polis.

Lu memberitahu, dia melemparkan beberapa syiling dengan harapan penerbangan selamat.

"Insiden itu mengakibatkan kerugian hampir 140,000 yuan, dan syarikat kami akan memfailkan dakwaan terhadap penumpang itu mengikut undang-undang," menurut syarikat penerbangan itu.

Disebabkan insiden tersebut, semua 162 penumpang terpaksa berdepan dengan kelewatan untuk penerbangan ke wilayah Yunnan sehingga keesokan harinya. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Berkaitan

Artikel Lain