suria

Tutup kilang, 3,500 kakitangan Honda di Swindon bakal hilang kerja

PENGELUAR kereta terkenal, Honda diminta supaya mengkaji semula hasrat mereka untuk menutup kilang di Swindon, London.

Jika benar, ia dijangka memberi kesan kepada 3,500 kakitangannya yang bakal kehilangan kerja.

Mengikut laporan awal, kilang tersebut akan ditutup menjelang tahun 2022.

Awal bulan lalu, gergasi pengeluar kereta yang berasald dari Jepun itu mengumumkan mahu menghapuskan 350 jenis pekerjaan di kilang mereka.

"Industri pengeluaran kereta menjadi pemacu utama ekonomi di United Kingdom (UK) sejak dua dekad lalu.

"Gara-gara krisis Brexit dan beberapa isu lain termasuklah kurang permintaan pasaran memberi kesan kepada Honda," ujar Des Quinn, pegawai sektor automotif kebangsaan negara itu.

Untuk rekod, Honda menghasilkan lebih 100,000 model Civic di Swindon, setiap tahun.

"Kami akan lakukan apa sahaja untuk menyokong kakitangan yang bakal terjejas.

"Ia juga bakal memberi kesan kepada pekerjaan lain termasuklah pembekal mereka. Ia akan menjadi kes penutupan dalam industri automotif yang terburuk selepas kes Rover pada 2005," ujar Quinn lagi. - The Indipendent/News.Sky.

Honda, Swindon

Artikel Lain