Ratu Elizabeth alami demensia, Putera Willam dan Kate Middleton bakal naiki takhta? - Dunia | mStar

Ratu Elizabeth alami demensia, Putera Willam dan Kate Middleton bakal naiki takhta?

Putera William digosip bakal mengenepikan bapanya, Putera Charles untuk menaiki takhta sebagai Raja England. - Foto AP

SEBUAH majalah baharu melaporkan Ratu Elizabeth mengalami demensia dan menamakan Putera William serta Kate Middleton sebagai raja dan ratu England yang akan datang.

Majalah itu kemudian mendakwa bahawa Ratu Elizabeth memutuskan untuk melangkau anaknya, Putera Charles, semasa 'detik kejelasan yang jarang berlaku'.

Namun, khabar angin itu adalah tidak masuk akal dan berkemungkinan besar tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak layan hasrat Meghan sambut Hari Kekasih di Paris, Putera Harry pilih lawatan ke kem tentera

Sekali lagi, National Enquirer telah kembali melakukan khabar angin aneh tentang Ratu Elizabeth mengenepikan protokol dengan memutuskan cucu kegemarannya (bukan anak sulungnya) sebagai raja seterusnya.

Tabloid pasar raya itu menegaskan pihaknya mempunyai sumber dalam istana yang mendakwa ratu berkenaan sudah lama merasakan Charles tidak mempunyai kecekalan untuk memerintah United Kingdom.

Sumber raja itu juga didakwa berkata: "William mempunyai kekuatan dan disiplin untuk memimpin negara.

Ratu Elizabeth didakwa mengalami demensia. - Foto AFP

"Rakyat menyukainya dan mengatakan beliau lebih tulen daripada bapanya."

Selepas sumber yang sama didakwa menyifatkan bagaimana Kate mampu menjadi seorang ratu yang sangat baik kerana memiliki sikap belas kasihan dan tenang, majalah tersebut menegaskan Ratu Elizabeth sudah menyerahkan mahkota kepada William secara rasmi dalam sebuah majlis rahsia.

Tambah meragukan. majalah tabloid itu yang dipercayai memetik sumber istana yang direka-reka bahawa Ratu Elizabeth telah memerintahkan agar Putera Charles untuk meninggalkan England dan menetap di luar UK.

Gossip Cop bagaimanapun menafikan laporan akhbar tabloid tersebut.

Sebagai permulaan, Ratu Elizabeth tidak mengalami demensia kerana ia terbukti melalui amanat Krismas ratu tersebut yang disampaikannya hanya beberapa minggu lalu.

Berdasarkan undang-undang pewarisan takhta diraja yang ditetapkan dalam Akta Peruntukan 1701, waris tertua akan menaiki takhta secara automatik dan sebarang tingkah laku yang melencong daripada kebiasaan memerlukan Parlimen untuk menggubal undang-undang baharu. - Gossip Cop

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut