suria

Ular sawa 40kg melingkar di bilik dobi kejutkan tuan rumah

Gambar hiasan. - Foto Pixabay

SEBUAH keluarga di Australia menghubungi penangkap ular untuk menangkap ular sawa seberat 40 kilogram (kg) yang dijumpai di bilik cucian mereka.

Lea-Ann Kennedy berkata, keluarganya menjumpai reptilia itu melingkar kira-kira pukul 4.30 pagi di bilik cucian kediaman mereka yang terletak di Mission Beach, Queensland.

Wanita terbabit menghubungi penangkap ular, Charlie Bear untuk mengeluarkan haiwan tersebut dari rumah mereka.

Charlie dan rakannya Tom Geary dan Lea-Ann dirakam menarik keluar ular sepanjang enam meter itu dan cuba memasukkannya ke dalam sebuah beg, tetapi ia terlalu besar.

Ular tersebut akhirnya dibalut dalam sehelai selimut dan dimasukkan ke dalam kereta Charlie untuk dilepaskan di kawasan lain. - UPI

ular sawa

Artikel Lain