suria

Padah cinta buta, pemuda 26 tahun bunuh kekasih 50 tahun lebih tua

Glowor dan rakannya, Ahmad Setiawan dibawa ke balai polis susulan kes pembunuhan Mbah Mentil di Pasar Setono Betek.

CINTA memang tidak mengenal usia, namun cinta buta buruk padahnya jika gagal mengawal perasaan masing-masing.

Demikian nasib yang menimpa nenek berusia 75 tahun apabila ditemui maut dalam keadaan mulut disumbat kain tudungnya dan tangan diikat dengan tali.

Sukinem yang dikenali sebagai Mbah Mentil menjalin hubungan cinta dengan pemuda berusia 26 tahun sejak 2013.

Warga tua yang berniaga barang terpakai di Pasar Setono Betek, Kota Kediri di Jawa Timur ini bagaimanapun disyaki dibunuh kekasihnya, Dedyk Asmawan atau Glowor.

"Hubungan kami terjalin sejak 2013 dan sering bertemu di Pasar Setono Betek," akui Dedyk Asmawan ketika ditahan Khamis.

Pemuda ini disyaki melakukan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya, Ahmad Setiawan juga 26 tahun yang turut ditahan.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan itu selepas menemui beberapa bahan bukti di kediaman suspek.

Hasil bedah siasat mendapati, Sukinem maut akibat dicekik.

Sepanjang hubungan mereka, Dedyk Asmawan sering mengambil kesempatan untuk meniduri Mbah Mentil antara tiga hingga empat kali sebulan.

Habuannya Dedyk Asmawan akan mendapat makanan, rokok dan wang saku daripada kekasihnya.

Pelbagai barang kemas yang dimiliki Sukinem menyebabkan kekasihnya hilang pertimbangan hingga sanggup membunuhnya.-Tribunnews.com









Mbah Mentil, Pasar Setono Betek

Artikel Berikut

Artikel Lain