suria

Gadis janji, setia tunggu kekasih baran rosakkan motosikal dalam video tular

BENARLAH kata orang 'cinta itu buta' dan 'cinta itu memerlukan pengorbanan'.

Barangkali itulah ungkapan yang menjadi pegangan Yuni Astuti, 17, kekasih kepada seorang pemuda, Adi Saputra yang kisahnya di daerah Tanggerang, Selatan Jakarta itu tular kerana merosakkan sebuah motosikal gara-gara disaman polis.

Tumpuan media kini diberikan terhadap pasangan ini, sama ada mereka akan meneruskan hubungan sebagai pasangan kekasih atau sebaliknya.

Menurut laporan media, Yuni dan Adi telah berkawan selama satu tahun.

Mereka bertemu di Pasar Moden BSD di Tangerang, lokasi di mana mereka berdua bekerja.

Adi bekerja di kedai kopi dan Yuni di gerai jus oren, secara kebetulan tempat video tular itu dirakam.

Menurut Yuni, dia juga berasa hairan berdepan situasi itu kerana teman lelakinya biasanya hanya akan diam apabila mereka bergaduh.

"Adi kalau marah dengan saya dia diam saja. Nanti kalau mood dia sudah baik barulah dia nasihatkan saya, kamu harus begini, jangan begini... seperti itu. Jadi kalau marah, dia diam," kata Yuni memetik Kapanlagi, Ahad.

Yuni berpandangan, sikap baran dan kemarahan luar biasa Adi tercetus kerana rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang menyamannya.

Adi, 21, ditahan kerana menunggang melawan arus jalan sehala berhampiran pusat pasar BSD pada Khamis.

Dia dinamakan sebagai suspek kerana melakukan perbuatan jenayah ke atas barang yang bukan miliknya apabila dia merosakkan motosikal Yuni.

Jika sabit kesalahan, Adi boleh berdepan hukuman penjara empat tahun.

Tetapi Yuni berkata dia sanggup menunggu Adi sehingga dia bebas.

"Mudah-mudahan Adi dapat cepat keluar.

"Saya tunggu sampai dia bebas. Mudah-mudahan saya dapat setia menunggu," katanya memetik Merdeka, Sabtu.

Video tular berdurasi kira-kira satu minit itu menyaksikan Adi dengan sikap baran dan kemarahan membuak-buak menendang, mengangkat, menghempas sebuah motosikal.

Sepanjang dia mengamuk, seorang polis kelihatan tenang menulis saman tanpa melakukan tindakan lain.

View this post on Instagram

Baik engko bagi min je moto tu bang ? #mstaronline #mstarxs

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

saman, baran, motosikal

Artikel Lain