suria

Ibu gigih 'menjaja' gambar anak lelaki kepada pelajar wanita sempena Hari Kekasih

Wanita yang berada di kampus sejak minggu lalu mencari teman wanita untuk anaknya.

SEROANG ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya  gembira.

Menjelang Hari Kekasih minggu ini, seorang ibu sanggup bertungkus-lumus mencari pelajar wanita yang sudi keluar dengan anak lelakinya.

Ibu yang tidak dikenali itu kelihatan berjalan-jalan di sebuah kampus sebuah universiti sambil menahan pelajar wanita yang lalu-lalang dan menunjukkan gambar anaknya menerusi telefon bimbit.

Polis kampus Univerisiti Maryland telah mengeluarkan amaran berkenaan situasi yang tidak menyenangkan pelajar-pelajar wanita itu dan turut mendapat nasihat daripada pihak berkuasa Townson.

Wanita yang berusia lebih kuran 50-an itu dilihat berada di kawasan tumpuan pelajar di dua kampus berlainan minggu lalu.

Menurut polis kampus, dia menunjukkan gambar anaknya kepada beberapa orang pelajar dan bertanyakan kepada mereka sama ada berminat untuk keluar dengan anaknya itu.

Pihak berkuasa memberitahu, wanita itu dikehendaki polis namun bukan untuk siasatan  kes jenayah, sebaliknya mahu meminta dia berhenti daripada berbuat demikian.

Kisah tersebut telah dikongsi  di atas talian dan orang ramai mula melahirkan simpati kepada wanita itu. - metro.co.uk

Ibu, teman wanita, hari kekasih

Artikel Lain