suria

Polis takutkan suspek guna ular, “Berapa kali kamu curi telefon bimbit?”

POLIS Indonesia mengakui beberapa pegawainya cuba menakut-nakutkan seorang lelaki menggunakan seekor ular hidup.

Menerusi sebuah video yang tersebar secara dalam talian menunjukkan seorang lelaki menjerit ketakutan dan kedengaran bunyi mentertawakannya.

Polis di wilayah Papua memohon maaf tetapi turut cuba menjelaskan berhubung tindakan pegawa-pegawainya itu bahawa ular tersebut tidak berbisa, dan mereka tidak memukul lekaki berkenaan yang disyaki mencuri.

Peguam hak asasi manusia, Veronica Koman pada Ahad memberitahu, pendekatan tersebut disifarkan sebagai satu penyeksaan dan melanggar dasar polis termasuk beberapa undang-undang.

Beliau berkata, hanya beberapa laporan baru-baru ini mengenai polis dan tentera untuk menakut-nakutkan tahanan dari Papu, sekali gus menunjukkan budaya perkauman terhadap golongan itu.

Veronica berkata, Sam Lokon yang merupakan seorang ahli jawatankuasa Papua Barat Kebangsan, pernah berada di dalam tahanan bersama seekor ular dan turut digigit selepas ditahan pada bulan lalu.

Koman turut mengkritik cubaan polis untuk mendapatkan pengakuan suspek.

Video berdurasi satu minit dan 20 saat itu menunjukkan seekor ular coklat hitam, dengan panjangnya sekurang-kurangnya dua meter melingkar di leher dan pinggang suspek.

Salah seorang anggotanya menghalakan kepala ular tersebut pada wajah suspek.

Dalam kejadian di daerah Jayawijaya, pegawai-pegawai polis dilihat menyoal berapa kali dia telah mencuri telefon bimbit.

Ketua Polis Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya berkata, anggota terbabot telah dikenakan tindakan disiplin dengan menjalani latihan etika dan dipindahkan ke cawangan lain. - AP

ular

Artikel Lain