Wanita ditahan selepas menyalak pada anjing polis yang lalu depan rumah - Dunia | mStar

Wanita ditahan selepas menyalak pada anjing polis yang lalu depan rumah

Foto AP

SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat yang menyalak ke arah anjing polis menarik perhatian pegawai polis yang kemudian menangkapnya menggunakan waran tertunggak.

Polis Lafayette berkata, pegawainya sedang menjalankan perhentian lalu lintas pada Isnin apabila Kiana Champagne Fletcher (gambar), 20, yang ketika itu berdiri di depan rumahnya mula menyalak kepada anjing polis yang menghidu sebuah kereta.

Journal and Courier melaporkan, pegawai terbabit mengenali Fletcher dan tahu bahawa dia mempunyai dua waran tangkap tertunggak.

Polis berkata, Fletcher berlari ke dalam rumahnya, tetapi pihaknya berjaya menangkapnya selepas mendapatkan waran geledah.

Fletcher ditahan atas kesalahan mencuri dan memandu kenderaan tanpa lesen.

Dia turut menghadapi tuduhan awal kerana memiliki dadah jenis methamphetamine dan peralatan dadah selepas polis mendakwa menjumpai dadah di rumahnya. - Canoe

anjing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain