suria

Budak 11 tahun tulis surat kepada menteri, mohon PUBG diharamkan

SEORANG budak lelaki menulis surat kepada kerajaan India dan memohon supaya permainan video popular PUBG diharamkan.

Menerusi surat empat muka surat itu, dia berkata permainan PlayerUnknown's Battlegrounds yang lebih dkenali sebagai PUBG banyak membawa kesan buruk.

Antaranya, ia mempromosi keganasan dan buli siber.

Dalam surat tersebut, budak berusia 11 tahun itu mendakwa PUBG banyak memaparkan elemen pembunuhan dan boleh membawa kepada ketagihan permainan video.

"Saya juga akan membuat tuntutan undang-undang sekiranya permainan ini tidak diharamkan," tulisnya.

Surat itu ditujukan kepada tujuh individu termasuk Menteri Eletronik dan IT, Ravi Shankar Prasad, Menteri Pendidikan Maharashtra, Vinod Tawde, dan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung surat berkenaan.

Permainan popular PUBG diperkenalkan oleh PUBG Corporation, Bluehole, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole. - India Today.

PUBG

Artikel Lain