suria

Pinggul wanita digigit ular ketika duduk di mangkuk tandas

Ular sawa itu berjaya ditarik keluar dari mangkuk tandas.

NIAT seorang wanita yang mahu membuang air kecil terbantut apabila pinggulnya digigit seekor ular sawa ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas di rumahnya.

Helen Richards, 59, berkata dia dapat merasakan gigitan ular tersebut di bahagian pinggulnya.

Insiden berlaku di kediaman Helen di Brisbane, Australia.

Dia melompat selepas digigit dan terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam mangkuk tandas tersebut.

"Saya melompat dan terkejut melihat objek seperti kura-kura berleher panjang di dalam mangkuk tandas," katanya kepada akhbar The Courier Mail.

Namun Helen menarik nafas lega apabila gigitan ular sawa itu tidak serius dan lukanya itu hanya perlu dirawat dengan ubat anti-septic.

Helen menghubungi penjinak ular, Jasmine Zeleny yang berjaya mengeluarkan ular sawa tersebut dari rumahnya.

Ular sawa permaidani sering ditemui di Australia dan akan mencari air di dalam tandas semasa cuaca panas.

Ular tersebut biasanya tidak berbahaya tetapi kerap mengigit mangsanya.

Australia berdepan cuaca panas beberapa minggu ini dengan sesetengah kawasan merekodkan suhu panas melampau. - Mirror.co.uk

gigit, ular sawa

Artikel Lain