suria

Nak menang rumah RM7 juta? Hantar karangan kurang 350 perkataan kepada wanita ini

Gambar kediaman mewah tersebut. - Foto Facebook Write a Letter, Win A House

ANDA mahu miliki rumah agam yang menjadi idaman setiap individu?

Kini, ia mungkin jadi kenyataan! Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran menulis karangan untuk menjadikannya satu realiti.

Seorang wanita di Kanada tidak lagi boleh menjaga kediaman mewahnya yang bernilai $1.7 juta (RM7.03 juta) di Millarville, Alberta kerana mengalami masalah kesihatan dan dia ingin pindah keluar.

Mereka yang berminat hendaklah membayar caj sebanyak $25 (RM103) dan berikan penjelasan mengapa perpindahan ke rumah di tepi tasik itu mampu mengubah kehidupan anda.

Anda perlu menghasilkan karangan sepanjang 350 perkataan atau kurang daripada itu.

Cuba lawati akaun Facebook wanita tersebut untuk ketahui syarat-syaratnya. Semoga berjaya! - WJLA

Millarville woman giving away $1.6M home in letter writing contest

She was inspired by the Spitfire Grill movie to give away her house on social media, and let her neighbours choose the winner. www.cbc.ca/1.4985249

Posted by CBC Calgary on Saturday, January 19, 2019
rumah agam

Artikel Lain