Kejutan buat ibu tak menjadi, dua budak 5 tahun masuk hospital kerana suhu -45 darjah Celsius - Dunia | mStar

Kejutan buat ibu tak menjadi, dua budak 5 tahun masuk hospital kerana suhu -45 darjah Celsius

Rakaman CCTV menunjukkan dua budak perempuan menyelinap keluar dari nurseri. Foto IC/The Siberian Times

DUA kanak-kanak perempuan berusia lima tahu yang menyelinap keluar dari nurseri dengan suhu -45 darjah Celsius, berakhir di hospital kerana mengalami radang dingin dan hipotermia.

Dalam kejadian di Yakutia, Siberia, kedua-dua yang merupakan rakan karib itu dilaporkan mahu membuat kejutan kepada ibu mereka dengan pulang ke rumah sebelum waktu yang dijadualkan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat bertahan dalam cuaca suhu yang sejuk dalam perjalanan mereka selama 30 minit.

Kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan mereka melarikan diri dari nurseri tanpa disedari guru-guru.

Mereka memakai kot dan tapi tetapi kedua-duanya tidak memakai sarung tangan.

Kedua-dua kanak-kanak itu sedang dirawat selepas mengalami radang dingin dan hipotermia selepas berada di luar pada suhu 18 darjah Celsius lebih rendah daripada yang pernah direkodkan di Britain.

Salah seorang ibu mangsa berkata: "Mereka mahu memberi kejutan kepada ibu bapa dengan pulang ke rumah sendiri."

Siasatan dijalankan mengenai punca kedua-dua kanak-kanak itu dapat menyelinap keluar dari nurseri.

Timbul juga persoalan ketiadaan orang awam menghalang kanak-kanak itu, biar pun dengan hanya memberikan selendang kepada mereka berikutan cuaca begitu sejuk ketika itu. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Maut terlebih makan durian

Artikel Berikut

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain