Budak buat bising maut, kekasih ibu sengaja tolak 'seat' kereta ke belakang laju-laju - Dunia | mStar

Budak buat bising maut, kekasih ibu sengaja tolak 'seat' kereta ke belakang laju-laju

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan paling tepat bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki yang membunuh anak kepada teman wanitanya, baru-baru ini.

Menerusi kejadian di Croydon, selatan London itu, Stephen Waterson dengan sengaja mengundurkan kerusi kereta sebanyak dua kali gara-gara mangsa membuat bunyi bising di tempat duduk belakang.

Selain Waterson, ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun itu turut didakwa kerana tidak menghentikan tindakan teman lelakinya.

"Kesan hentakan kerusi itu, mangsa yang bernama Alfie Lamb mengalami sesak nafas.

"Waterson sengaja mengundurkan kerusi dengan laju kerana dia mahu mangsa yang ada di belakang diam.

"Dia berang kerana mangsa tidak berhenti membuat bunyi bising sepanjang perjalanan itu," ujar pendakwa raya, Duncan Atkinson.

Pada awalnya, Waterson dan ibu mangsa cuba menipu apabila mereka membuat laporan bahawa Lamb tidak sedarkan diri secara tiba-tiba, pada Februari tahun lalu.

"Kami naik teksi dan letak dia di tempat duduk kanak-kanak. Dia tidur dan tak sedarkan diri apabila dikejutkan," ujar ibunya, Adrian Hoare yang cuba menipu pihak berkuasa.

Mereka kini masih lagi dibicarakan dan belum membuat pengakuan ke atas pertuduhan itu. - News Sky.

Alfie Lamb , Bunuh

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain