Gambar telur terima like tertinggi di Instagram, tewaskan rekod anak Kylie Jenner - Dunia | mStar

Gambar telur terima like tertinggi di Instagram, tewaskan rekod anak Kylie Jenner

FOTO: Qwyck Co.

REKOD yang dipegang selebriti sensasi, Kylie Jenner sebagai pemilik foto yang mempunyai tanda suka (like) paling tinggi di Instagram akhirnya berjaya ditewaskan.

Lebih mengejutkan, pemegang rekod terbaharu itu bukanlah selebriti popular yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, sebaliknya ia merupakan gambar telur sahaja.

Dimuat naik pada 5 Januari lalu menerusi akaun world_record_egg, gambar serba ringkas itu menerima lebih 22 juta tanda suka.

Foto telur yang menerima lebih 22 juta tanda suka.

Rekod sebelum ini merupakan foto bayi Kylie dengan catatan 18.1 juta tanda suka yang dimuat naik pada Februari tahun lalu.

Pada Ahad, gambar telur itu memecah rekod Instagram sebagai muat naik yang paling banyak menerima tanda suka.

Ia juga menjadi satu-satunya gambar bukan manusia yang tersenarai dalam 20 gambar dengan jumlah tanda suka tertinggi.

Senarai 20 itu dibarisi beberapa selebriti terkenal dunia seperti Selena Gomez, Beyonce dan pemain bola Cristiano Ronaldo. - CNET.

Telur , Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain