Gara-gara mengadu makanan sejuk, pelanggan di sebuah restoran disembur cecair pencuci - Dunia | mStar

Gara-gara mengadu makanan sejuk, pelanggan di sebuah restoran disembur cecair pencuci

Fisher mendakwa matanya disembur dengan cecair pencuci oleh pekerja di sebuah restoran pada 23 Disember lalu.

SEORANG pelanggan restoran disembur dengan cecair pencuci gara-gara mengadu makanan yang dihidangkan sudah sejuk.

Alan Fisher yang mempunyai masalah diabetes dan osteoartritis terpaksa berjalan menggunakan tongkat mendakwa dia disembur oleh pekerja sebuag restoran di West Midlands pada 23 Disember lalu.

Semburan itu menyebabkan mata Fisher sakit dan pedih terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Good Hope.

Menurut Fisherm dia  tiba di restoran itu bersama jirannya, Amy Hunt.

"Kami melihat tiga buah meja dipenuhi dengan sampah. Jadi saya bersihkan meja itu dan duduk.

"Tetapi seorang datang dan memberitahu meja itu sudah ditempah. Saya beritahu 'Macam mana boleh begitu, mereka tidak bersihkan lagi?'".

Fisher dan jirannya tidak berganjak dan menunggu untuk disediakan sudu dan garfu.

"Mereka beritahu pinggan makanan yang baru sampai itu panas.

"Saya juga terus menunggu sudu dan garfu. Tetapi apabila saya mengadu mengenai makanan yang tiba itu sudah, mereka beritahu 'pinggan anda panas, anda sudah makan sebahagian makanan itu dan anda boleh keluar'".

Fisher juga mendakwa matanya disembur dengan bahan pencuci ketika cuba merakam pertengkaran dengan staf restoran itu.

Menurut Fisher dia juga telah bercakap dengan pengurus restoran  itu.

"Kami kini sedang menjalani siasatan mengenai insiden itu," ujar jurucakap restoran Toby Carvery. -Dailymail

Mata disembur , pelanggan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak